kisah hidupku

Saturday, December 11, 2004

kata mak aku

aku sebenarnya memang buntu dengan mak aku yang sorang ni....dia ni selalu berjiwa muda. Macam mana aku nak cakap yer... aku ni sorang2nyer anak perempuan dalam kelurga ni. Korang ingat best ke jadi anak tunggal perempuan ni? Apa yang boleh aku cakap ialah BBBBBBBOOOOOOOOOORRRRRRRIIIIIIIINNNNNNNGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!
Oleh sebab aku ni sorang2nyer anak perempuan dia so mak aku ni memang memilih sangatla bakal menantu dia tu. Sampaikan aku ni menjadi mangsa segala keinginan dia terhadap lelaki pilihan... Seperti yang aku cakap tadi mak aku ni berjiwa muda , korang nak tau kenapa aku cakap macam tu? Misalannnye mak aku ni baru jer baca magazine ker , lepas tengok tv ker yang ada tunjuk seorang perempuan ni kawin ngan mat salleh.... lepas tu ada anak kawan dia ker yang kawin ngan mat salleh... dia pun mulala merengek kat aku " Akak carilah boyfiend mat salleh" . Lepas tu kalau ada orang kawin ngan askar pangkat besar macam kapten ker , leftenan ke kan ha dia pun mulala " Akak carila suami kapten nanti kawin ada oran iring" . Aku rasa bosan sangat dengan perangai mak aku sorang ni....
Sebenarnye aku ada sorang boyfriend, kitorang bercinta dari zaman aku kat unuversiti lagi. Sekarang ni dia dah pun bergelar sorang engineer di sebuah kilang yang besar juga. Malangnyer mak aku ni tak puas hati lagi dengan bf aku ni. Dia kalau boleh nak dapat yang lebih baik katanyer... kalau boleh anak raja. Mmmmmmmm memang sakit hati. Dia tak kisah aku ni dah umur 26 tk kawin2 lagi asalkan cita - cita dan keinginan dia yang macam budak budak tu tercapai. Banyak sangat alasan dia kenapa dia tak boleh terima bf aku sekarang ni.. Yang bestnyer dia gunakan nama ayah aku kononnya tak suka gak kat bf aku ni. Padahal ayah aku ok jer kalau jumpa bf aku ni. Tapi seperti biasa sape lagi tempat suami nak ngadu kalau bukan isteri.... sedikit demi sedikit aku nampak mak aku ni macam cuba menghasut ayah aku supaya tak suka kat bf aku ni.... Aku memang dah buntu fikiran sekarang ni... Banyak lagi yang aku nak kongsi pandangan ngan korang seme ... tapi untuk hari ni cukupla dulu....